Wednesday 19 June 2013

Pertandingan Seni Khat Peringkat Kebangsaan

Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumput menjadi peneraju kepada pertandingan ulung yang mengangkat keris di dalam bahasa seni khat Melayu. Sertai pertandingan terbuka ini agar kita bersama dapat memartabatkan budaya kesenian di dalam masyarakat Melayu Malaysia.
Lawati page facebook di sini 
 Dapatkan borang dan syarat-syarat penyertaan di sini



Tuesday 11 June 2013

Mesyuarat AJK 2013-2015 Bil. 1/2013 di Nora's Kitchen Restaurant, Jln Genting Kelang, Setapak, KL
pada 10 Jun 2013, jam 8.30 malam... semua AJK telah hadir dan dijemput juga AJK Kecil untuk beberapa program
akan datang..



Di pengerusikan oleh YDP Pusaka KL sendiri.. Tuan khairul Azhar Abdul Karim





AJK mendengar penjelasan isu dengan teliti





small discussion sebelum meeting bermula, disertai dgn makan2 & minum2 dahulu




Monday 10 June 2013

Senarai Ahli Jawatankuasa Baru bagi Sesi 2013-2015

Yang Dipertua : 
Tuan Khairul Azhar bin Abdul Karim
Timbalan Yang Dipertua : 
Tuan Mohd Nazri bin Hj Jaamadi
Setiausaha : 
Puan Noreen binti Effendi
Penolong Setiausaha : 
Tuan Ermie bin Mahmud
Bendahari : 
Tuan Mohd Shahridzal bin Ab Manap

Ahli Jawatankuasa terdiri daripada :
1. Tuan Mohd Jasiman bin Mohd Daie
2. Tuan Mohd Riduwan bin Mohd Zanin
3. Puan Norliza binti Amin
4. Tuan Khairul Abidin bin Mohd Kairi
5. Tuan Bernard Fernandez
6. Tuan Md Gadaffi bin Md Dzulkifli

Penyemak Kira-kira : 
Tuan Raja Mohd Kamal b Raja Zulkifli

Segala perhubungan rasmi dengan pihak persatuan, bolehlah melalui
email: pusaka.perkerisan.kl@gmail.com

Wednesday 1 May 2013

Majlis Pemasyuran Pusaka KL

Kenangan sekitar Majlis Adat Istiadat Pemasyhuran Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur bertempat di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 15 Disember 2013M / 1 Safar 1434H.

Jemputan Khas dari negara Singapura dan Indonesia turut sama memeriahkan majlih tersebut
Pemeran keris dan busana Melayu turut diadakan bagi memberi ruang  berkongsi ilmu perkerisan kepada yang hadir
Medan Jualan antara tarikan yang mendapat sambutan amat baik 
YDP Pusaka KL, en Khairul Azhar bersama AJK program dan  rakan  budayawan keris yang turut hadir

Wednesday 24 April 2013

Mengenali Pusaka KL


Ditubuhkan secara rasminya melalui Pendaftar Pertubuhan Persatuan pada 13hb April 2012 (No. Pendaftaran :PPM-220-14-13042012)  hasil harapan dan usaha para pengiat budaya Melayu yang bergerak sejak 2010.

Keris dipilih sebagai perlambangan PUSAKA KL sebagai simbol menyeluruh budaya Melayu dan teras kepada budaya Malaysia. Ia  menyimpan lambang sejarah ketamadunan tinggi bangsa nusantara, semangat & keberanian sifat, dan tersirat kehalusan budaya dan sifat tawadhuk pada kekuasaan yang maha Esa. Keris bukan saja sebilah senjata, namun perlambangan  diri warisan generasi  berzaman. Ia mengingatkan kepada amanah untuk menjaga maruah diri, keluarga dan keturunan, serta menjadi ajen instrumen penyatuan bangsa Melayu.

Teras Aktiviti PUSAKA KL adalah untuk mendidik dan memberikan kefahaman, agar setiap ahli dapat lebih memahami dan menghargai budaya bangsa. Persatuan memberikan penekanan kepada aktiviti yang dapat menyatukan para penggiat serta aktivis budaya Malaysia amnya. 

Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak persatuan termasuklah;
1) Bicara Sejarah
2) Bicara Ilmu Perkerisan
3) Memeriahkan majlis walimatul urus
4) Bengkel busana
5) Menghadiri program jemputan yang bersifat penyatuan bangsa dari organisasi NGO
6) Menganjurkan Majlis Pemasyuran Pusaka KL
7) Menganjurkan Majlis Maulidur Rasul sesama ahli
8) Menganjurkan program Silaturrahim bersama ahli Pusaka KL

Pelbagai aktiviti menarik bakal disediakan buat mengisi minda ahli dan masyarakat secara umumnya agar adar dapat menghargai budaya dan warisan bangsa.






Pembuka Bicara

Assalamualaikum.

Selamat Datang!
Blog ini baharu saja dibuka. InsyaAllah, Pusaka KL akan berkongsi segala maklumat penting berkenaan Persatuan ini. Blog ini akan dikemaskni dari semasa ke semasa.

Walaubagaimanapun, untuk lebih interaktif, tuan/puan juga boleh mengenali kami dengan lebih lanjut melalui Laman Rasmi Facebook http://www.facebook.com/groups/PusakaKLRasmi/ atau nama Group FB " Persatuan PUSAKA Perkerisan Kuala Lumpur (Laman Rasmi)


Bersama kita melestarikan adat dan budaya rumpun Melayu Senusantara


Terima kasih