Wednesday 24 April 2013

Mengenali Pusaka KL


Ditubuhkan secara rasminya melalui Pendaftar Pertubuhan Persatuan pada 13hb April 2012 (No. Pendaftaran :PPM-220-14-13042012)  hasil harapan dan usaha para pengiat budaya Melayu yang bergerak sejak 2010.

Keris dipilih sebagai perlambangan PUSAKA KL sebagai simbol menyeluruh budaya Melayu dan teras kepada budaya Malaysia. Ia  menyimpan lambang sejarah ketamadunan tinggi bangsa nusantara, semangat & keberanian sifat, dan tersirat kehalusan budaya dan sifat tawadhuk pada kekuasaan yang maha Esa. Keris bukan saja sebilah senjata, namun perlambangan  diri warisan generasi  berzaman. Ia mengingatkan kepada amanah untuk menjaga maruah diri, keluarga dan keturunan, serta menjadi ajen instrumen penyatuan bangsa Melayu.

Teras Aktiviti PUSAKA KL adalah untuk mendidik dan memberikan kefahaman, agar setiap ahli dapat lebih memahami dan menghargai budaya bangsa. Persatuan memberikan penekanan kepada aktiviti yang dapat menyatukan para penggiat serta aktivis budaya Malaysia amnya. 

Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak persatuan termasuklah;
1) Bicara Sejarah
2) Bicara Ilmu Perkerisan
3) Memeriahkan majlis walimatul urus
4) Bengkel busana
5) Menghadiri program jemputan yang bersifat penyatuan bangsa dari organisasi NGO
6) Menganjurkan Majlis Pemasyuran Pusaka KL
7) Menganjurkan Majlis Maulidur Rasul sesama ahli
8) Menganjurkan program Silaturrahim bersama ahli Pusaka KL

Pelbagai aktiviti menarik bakal disediakan buat mengisi minda ahli dan masyarakat secara umumnya agar adar dapat menghargai budaya dan warisan bangsa.






Pembuka Bicara

Assalamualaikum.

Selamat Datang!
Blog ini baharu saja dibuka. InsyaAllah, Pusaka KL akan berkongsi segala maklumat penting berkenaan Persatuan ini. Blog ini akan dikemaskni dari semasa ke semasa.

Walaubagaimanapun, untuk lebih interaktif, tuan/puan juga boleh mengenali kami dengan lebih lanjut melalui Laman Rasmi Facebook http://www.facebook.com/groups/PusakaKLRasmi/ atau nama Group FB " Persatuan PUSAKA Perkerisan Kuala Lumpur (Laman Rasmi)


Bersama kita melestarikan adat dan budaya rumpun Melayu Senusantara


Terima kasih